Sunday, June 27, 2010

Chong Wei pertahan juara


Chong Wei menawan gelora Istora Senayan apabila mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Idonesia dengan menjinakkan jagoan tempatan Taufik Hidayat 21-19, 21-8 dalam perlawanan akhir di Jakarta, semalamChong Wei, pilihan pertama dan pemain nombor satu dunia, hanya memerlukan 37 minit untuk merangkul gelaran Terbuka Indonesia ketiga dalam empat tahun dan mahkota Siri Super keempat musim ini selepas kemenangan di Terbuka Korea, Malaysia dan Seluruh England. . Selepas kegagalan pada peringkat suku akhir Terbuka Singapura, minggu lalu, Chong Wei, turun lebih bersemangat kali ini menentang bekas juara juara Olimpik dan dunia, Taufik dengan permainan pantas dan jitu.Sekalipun beberapa keputusan penjaga garisan agak meragukan terutama dalam set pertama, Chong Wei tidak membenarkan ia mengganggu tumpuannya untuk menang 21-19, selepas Taufik memberikan tentangan hebat terutama pada mata akhir permainan.Bagaimanapun, dalam set kedua, Taufik, pilihan kedua tampak sudah keletihan dan memudahkan Chong Wei meraih set dan kemenangan dengan keputusan 21-8, selepas pukulan pemain tuan rumah itu tersangkut di jaring sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$18,750 (RM65,625).Terdahulu, ratu badminton India, Saina Nehwal menepati ramalan apabila menewaskan pemain Jepun, Sayaka Sato dalam pertarungan sengit 45 minit sebelum menang 21-19, 13-21, 21-11 bagi mahkota Siri Super kedua berturut selepas Terbuka Singapura, minggu lalu. Mahkota beregu lelaki menjadi miliki gandingan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dan pasangan Korea Selatan Kim Min Jung-Lee Hyo Jung pula menewaskan Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin kejuaraan beregu wanita.

Three Lions kena belasah


Pengadil laku kesilapan besar tetapi Jerman memang pasukan hebat: Capello


BLOEMFONTEIN: Jerman, dibantu dua gol babak kedua Thomas Mueller, membenam musuh ketat England 4-1 dalam perlawanan kontroversi Piala Dunia untuk menempah tempat ke suku akhir, malam tadi. England dinafikan jaringan penyamaan ketika kedudukan 2-1 pada penghujung babak pertama apabila rembatan Frank Lampard terkena palang dan melantun di belakang garisan gol tetapi pengadil meneruskan permainan. Dalam permainan babak pertama yang sengit, Jerman mendahului 2-0 selepas beberapa kali membolosi benteng pertahanan rapuh lawannya menerusi hantaran mengelirukan serta larian deras.Miroslav Klose, kembali daripada penggantungan satu perlawanan, meletakkan Jerman di depan pada minit ke-20 selepas menghukum kealpaan benteng England yang hanya melihat bola sepakan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer ke seberang padang sebelum menewaskan David James pada minit ke-20, untuk gol peribadi ke-12 di Piala Dunia.Lukas Podolski menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-32 menerusi rembatan rendah deras selepas bertukar hantaran dengan Mueller dan Mesut Ozil tetapi Matthew Upson merapatkan jurang menerusi tandukan jarak dekat selepas menyambut hantaran lintang Steven Gerrard pada minit ke-37.Kontroversi tercetus seminit kemudian apabila cubaan Lampard melantun dari palang ke belakang garisan gol tetapi tatkala pemain England mahu meraikannya, pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda tidak mengendahkannya dan memberi isyarat meneruskan permainan. Tatkala England terus memberi asakan pada babak kedua, Mueller membenam terus cabaran The Three Lions dengan dua gol dalam tempoh tiga minit pada minit ke-67 dan 70.Jurulatih England, Fabio Capello berkata insiden Lampard itu menjadi titik tolak kesudahan perlawanan itu walaupun dia pasti tidak mahu melihat tajuk utama akhbar pagi ini selepas gagal menunaikan janji mengulangi pencapaian tunggal England di Piala Dunia 1966.“Insiden Lampard itu adalah detik paling penting dalam perlawanan. Pengadil melakukan kesilapan paling besar tetapi Jerman memang sebuah pasukan yang hebat, kami terperangkap dengan serangan balas mereka.

Saturday, June 26, 2010

korea selatan wakil maruah Asia


kekalahan korea selatan kepada Uruguay pada perlawanan semalam .Maka perjuangan asia di piala dunia hanya tinggal Jepun sahaja.Bila agaknya Malaysia nak masuk Piala Dunia


keputusan:


Korea selatan 1


Uruguay 2


kehidupanku

Sambutan hari lahir Nurain Batrisyia yang ke-3 di KFC

Nuraisyah Batrisyia Bt Mohd Shukri













Orang kata tak kenal maka tak cinta...oleh itu marilah rapatkan hubungan yang ada..layarai lah kenanganku

FITRAH MANUSIA

DALAM DUNIA SERBA MODEN DAN MAJU.MANUSIA SENTIASA PANTAS DAN BIJAK OLEH ITU DIHARAPKAN BLOG INI DAPAT MEMBERIKAN INPUT SEMAKSIMUN YANG MUNGKIN KEPADA MEREKA YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BIJAK,MODEN DAN SELAMBA....BAIK PUNYA