Sunday, June 27, 2010

Chong Wei pertahan juara


Chong Wei menawan gelora Istora Senayan apabila mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Idonesia dengan menjinakkan jagoan tempatan Taufik Hidayat 21-19, 21-8 dalam perlawanan akhir di Jakarta, semalamChong Wei, pilihan pertama dan pemain nombor satu dunia, hanya memerlukan 37 minit untuk merangkul gelaran Terbuka Indonesia ketiga dalam empat tahun dan mahkota Siri Super keempat musim ini selepas kemenangan di Terbuka Korea, Malaysia dan Seluruh England. . Selepas kegagalan pada peringkat suku akhir Terbuka Singapura, minggu lalu, Chong Wei, turun lebih bersemangat kali ini menentang bekas juara juara Olimpik dan dunia, Taufik dengan permainan pantas dan jitu.Sekalipun beberapa keputusan penjaga garisan agak meragukan terutama dalam set pertama, Chong Wei tidak membenarkan ia mengganggu tumpuannya untuk menang 21-19, selepas Taufik memberikan tentangan hebat terutama pada mata akhir permainan.Bagaimanapun, dalam set kedua, Taufik, pilihan kedua tampak sudah keletihan dan memudahkan Chong Wei meraih set dan kemenangan dengan keputusan 21-8, selepas pukulan pemain tuan rumah itu tersangkut di jaring sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$18,750 (RM65,625).Terdahulu, ratu badminton India, Saina Nehwal menepati ramalan apabila menewaskan pemain Jepun, Sayaka Sato dalam pertarungan sengit 45 minit sebelum menang 21-19, 13-21, 21-11 bagi mahkota Siri Super kedua berturut selepas Terbuka Singapura, minggu lalu. Mahkota beregu lelaki menjadi miliki gandingan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dan pasangan Korea Selatan Kim Min Jung-Lee Hyo Jung pula menewaskan Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin kejuaraan beregu wanita.

No comments:

Post a Comment